13 Jul 2011

Petua Turunkan Darah Tinggi

Amalkan meminum air pucuk betik yang telah direbus kerana ia mampu menurunkan darah tinggi. Air pucuk betik rasanya mungkin lebih pahit sedikit daripada peria. Air pucuk betik boleh menstabilkan tekanan darah di dalam badan kita. Amaran: Wanita yang hamil tidak digalakkan meminum air ini. Selalunya pucuk betik akan diambil daripada pokok betik yang tidak mudah berbuah.

Cara Penyediaannya:

1) Bersih pucuk betik/daun

2) Keratkan sepanjang 1cm

3) Masukkan 1.5 liter air ke dalam kuali bersama pucuk dan rebuskan selama 30 minit.

4) Selepas itu air boleh diasingkan daripada pucuk betik dan sedia untuk diminum dalam keadaan panas atau suam.

5)Pucuk betik yang telah diasingkan tadi rebuslah sekali lagi dengan air limau kasturi (air limau + kulit limau) selama 5 minit untuk menghilangkan rasa pahitnya. Selepas itu buangkan airnya. Pucuk betik itu bolehlah digoreng dengan ikan bilis atau masin untuk dijadikan sayur.

Kredit:FB Farith Ismeth Emir

5 Jun 2011

Bacalah.iqra.

Peranan ICT dalam pendidikan

TMK DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU DEKAD KINI DAN MENDATANG

Pengenalan
Melalui seminar dan pameran ini, Bahasa Melayu berbantukan komputer dapat diperkenalkan kepada orang ramai khusunya msyarakat luar.
Mengadakan seminar
Menurut Drs. Nasrul Effendy dalam Dasar-dasar keperawatan kesehatan masyarakat (1997) seminar boleh didefinasikan sebagai satu cara dimana sekelompok orang berkumpul untuk membahas suatu masalah dibawah bimbingan seorang ahli yang menguasai bidangnya. 
Ciri-ciri seminar bahasa Melayu berbantukan komputer
  • Memberi kesempatan diskusi berkaitan Bahasa Melayu berbantukan komputer antara peserta dan panel
  • Menggalakkan peserta mengambil bahagaian secara aktif dalam seminar

Kelebihan
  • Berguna kepada peserta yang terlibat
  • Peserta dapat mempelajari topik secara mendalam
  • Menyediakan bahan dan keteranagn yang baru

Kekurangan
  • Sukar untuk mendapatkan panel seminar yang berkualiti
  • Memerlukan jawatankuasa yang besar dalam melaksanakannya
  • Sering dijalankan untuk seminar pendidikan

Mengadakan Pameran
Menurut Muhd Abi Sofian dlam bukunya mengurus gerai pameran (2005), pameran boleh didefinasikan sebagai salah satu saluran komunikasi sosial yang menghubungkan antara penyampai dalam pameran dengan masyarakat yang mempunyai tujuan dan matlamat tertentu.

Ciri-ciri pemeran Bahasa melayu berbantukan komputer
  • Mempamerkan bahan bahasa Melayu berbantukan komputer
  • Terdapat kiosk setiap tajuk dalam proforma
  • Penerangan yang lengkap untuk setiap bidang 
    Rujukan di sini.
(http://adilah-hamzah.blogspot.com/)

welcome to my blog.

selamat datang ke blog saya.saya akan menyajikan pelbagai maklumat dan info berguna untuk anda :)