13 Jul 2011

Petua Turunkan Darah Tinggi

Amalkan meminum air pucuk betik yang telah direbus kerana ia mampu menurunkan darah tinggi. Air pucuk betik rasanya mungkin lebih pahit sedikit daripada peria. Air pucuk betik boleh menstabilkan tekanan darah di dalam badan kita. Amaran: Wanita yang hamil tidak digalakkan meminum air ini. Selalunya pucuk betik akan diambil daripada pokok betik yang tidak mudah berbuah.

Cara Penyediaannya:

1) Bersih pucuk betik/daun

2) Keratkan sepanjang 1cm

3) Masukkan 1.5 liter air ke dalam kuali bersama pucuk dan rebuskan selama 30 minit.

4) Selepas itu air boleh diasingkan daripada pucuk betik dan sedia untuk diminum dalam keadaan panas atau suam.

5)Pucuk betik yang telah diasingkan tadi rebuslah sekali lagi dengan air limau kasturi (air limau + kulit limau) selama 5 minit untuk menghilangkan rasa pahitnya. Selepas itu buangkan airnya. Pucuk betik itu bolehlah digoreng dengan ikan bilis atau masin untuk dijadikan sayur.

Kredit:FB Farith Ismeth Emir